Johor Bahru, Jan-
Lelaki maut ditembak di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah di sini pada Rabu.
Empat kesan tembakan ditemui pada badan lelaki yang maut ditembak itu.Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh kes terbabit.
Menurutnya, pasukan terbabit juga akan mengenalpasti semua individu terlibat dalam kejadian berkenaan.
“Kira-kira jam 12 tengah hari, polis menerima maklumat berkaitan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah.
Sebelum itu, seorang lelaki dilaporkan maut dipercayai ditembak di sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini pada Rabu.
Tular sebuah video berdurasi 11 saat menunjukkan orang ramai dan kenderaan polis serta anggota berada di lokasi kejadian.
Kumar meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau membuat komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menimbulkan kegusaran kepada awam.