Negara Cuba prihatin terhadap pesakit Covid-19

Sejak bermulanya tahun 2020, Covid-19 sedang  merebak secara luas dan meragut nyawa yang banyak. Kebanyakkan negara di seluruh dunia enggan membawa pulang rakyatnya sendiri yang dijangkiti wabak itu. Namun, negara Cuba telah membawa pulang rakyatnya yang disahkan positif Covid-19 untuk kebaikan mereka. Cuba yang diperintah oleh Fidel Caestro hanya mempunyai 4 kes positif Covid-19.

Sementara itu, kapal M.S. Primer dari Britain yang merangkumi 682 pelancong dan 381 krew kapal telah menuju ke Laut Caribbean. Pada masa itu, 5 orang dalam kapal itu disahkan posif coronavirus. Oleh itu, syarikat kapal telah meminta kebenaran untuk berhenti di banyak negara Caribbean, tetapi tiada negara yang bersetuju dengan permintaan tersebut.

Negara Cuba telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada syarikat kapal tersebut untuk berhenti di negara mereka dan berlabuh di Pelabuhan Pulau Bahamas. Setelah menjalani pemeriksaan pelancong dibenarkan untuk memasuki negara Cuba. Penumpang kapal kebanyakannya berasal daripada negara Britain. Bantuan ini dibuat setelah berbincang dengan kerajaan Britain. Kementerian Hubungan Luar Cuba berkata setelah menyedari keadaan dunia yang sedang menghadapi cabaran dan juga dengan mempertimbangkan keadaan pesakit, Cuba telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan ini kepada mereka.

Sesiapa yang disahkan negatif Coronavirus akan dihantar pulang ke negara mereka melalui pesawat, manakala bagi yang positif Covid-19 akan diberi rawatan di negara Cuba. Semasa rakyat Cuba telah meninggal dunia secara beramai-ramai, Fidel Caestro telah merayu kepada negara-negara luar untuk bantuan perubatan. Tetapi, tiada negara  yang menghulurkan bantuan kepada mereka kerana takut akan Amerika Syarikat pada masa itu.

Selepas itu, Fidel telah berputus untuk membina institusi perubatan yang banyak di negara dan memberi pengajian percuma di institusi tersebut. Cuba telah mendapat nama sebagai khidmat perubatan yang sangat baik apabila satu orang daripada setiap 150 orang adalah doktor. Ada juga masa di mana, pelajar perubatan Amerika Syarikat telah melawat negara Cuba untuk mengetahui tentang pengajian perubatan. Fidel telah mengumumkan bahawa jika mana-mana negara memerlukan bantuan perubatan, negara Cuba akan menghulurkan bantuan dan menghantar doktor untuk memberi perkhidmatan secara percuma.

Seiring dengan pengumuman itu, Cuba telah menghantar  2 juta doktor ke 95 negara untuk khidmat perubatan. Amerika telah mengasingkan negara Cuba untuk 60 tahun. Negara ini telah mengubahkan segala trauma yang dilalui kepada kejayaan dan kini, negara ini yang menghulurkan bantuan kepada warga  Britain walaupun mereka tidak mempunyai niat baik terhadap Cuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here