Pasang kamera papan pemuka – Lee

Kuala Lumpur, Jan-
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting bagi mempromosikan pemanduan berhemah dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Dalam membuat gesaan itu, Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kamera papan pemuka sangat berkesan dalam memantau tabiat pemanduan dan menyediakan bukti yang tidak berat sebelah sekiranya berlaku kemalangan.

“Kehadiran dashcam boleh bertindak sebagai pencegah kepada pemanduan berbahaya, pemanduan laju, dan tingkah laku tidak bertanggungjawab lain di jalan raya.

“Kesedaran bahawa tindakan mereka dirakam mendorong pemandu untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan lebih berhati-hati. Ini boleh mengurangkan risiko kemalangan dan mewujudkan budaya tanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Lee menekankan bahawa rakaman kamera papan pemuka boleh memainkan peranan penting dalam membantu siasatan polis terhadap kemalangan jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here