87% responden setuju PLKN dilanjutkan

Kuala Lumpur, Jan-
Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, berkata tinjauan awam dilakukan Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) yang melibatkan seramai 3,092 responden itu, menunjukkan golongan ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mempunyai arah yang jelas dalam kehidupan mereka.

Beliau berkata justeru kerajaan mengharapkan agar PLKN 3.0 yang akan dilaksanakan tahun ini, dapat membina jati diri sekali gus memupuk sifat kepimpinan golongan muda di negara ini.

“Kita mahu (hubungkan) link yang tiada dalam pendidikan kita dalam bagaimana anak-anak didedahkan dengan ilmu untuk hendak jadi pemimpin.

Johari berkata PLKN 3.0 yang menerapkan 70 peratus asas ketenteraan dan 30 peratus kenegaraan, akan membantu meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri termasuk dari segi percakapan, berfikir dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here