Kuala Lumpur, Jan-
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records apabila berjaya menyediakan yee sang berbentuk ular sepanjang 1,211 meter.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Azliza Azmel berkata, acara itu diadakan sempena sambutan Chinese New Year (CNY) atau Tahun Baharu Cina 2025 menerusi pelancaran kempen ‘Semuanya Ongsem – Lotus’s (Kesejahteraan dan Harga Hebat).
“Hidangan tradisional berwarna-warni yang terdiri daripada campuran sayursayuran dan buah-buahan telah disusun di atas lebih 650 meja yang bersambung.
“Yee sang ini disediakan oleh 10 cef dengan kerjasama 200 sukarelawan daripada Lotus’s Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan rakan jenama lain.“Acara itu turut dimeriahkan dengan tarian singa, gerai sampel jenama, penampilan Fo daripada filem Kung Fu Panda, Polar Bear, Cookie Guy dan perarakan God of Prosperity,” katanya kepada pemberita.
Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li dan diiringi Pengarah Pemasaran Kechara, Justin Cheah; Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Mondelez, Raja Zalina Raja Safran; Pengarah Jualan F&N, Chan Poi Ling; Pengurus Perniagaan Pelanggan Nasional Nestle, Alice Ho serta Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-cola, Khairul Anwar Ab Gahani.