Wanita sedang sarapan dalam kedai maut dirempuh kereta

Jempol, Nov 25.
Seorang wanita warga emas yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan, maut selepas sebuah kereta tiba-tiba merempuh premis itu pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi selepas lelaki warga emas berusia 78 tahun secara tidak sengaja menekan pedal minyak ketika di ruang parkir di hadapan kedai makan di Taman Meranti, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kereta terbabit merempuh dua pelanggan yang sedang makan di kedai terbabit, menyebabkan seorang daripadanya, Tan Joo Lan, 75, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada leher.

Seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 35 tahun mengalami sakit pada belakang badan dan menerima rawatan di Hospital Jempol, katanya dalam satu kenyataan. Chang Hook berkata, pemandu kereta itu kemudian ditahan untuk tujuan siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here