Warga emas maut dilanggar semasa ambil gambar kemalangan

Kuala Lumpur, JAN-
Seorang warga emas maut dilanggar kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di KM14, Lebuh Raya Iskandar Sultan, Johor Bahru, pagi tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pejalan kaki berusia 68 tahun yang cedera parah pada bahagian kepala itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi itu, sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 40 tahun, dari arah Jalan Prisma menuju ke Johor Bahru, cuba mengelak kereta Honda CRV yang terbabas, sebelum melanggar batu konkrit pembahagi jalan.

“Akibatnya, Perodua Alza itu terbabas dan terlanggar mangsa yang sedang mengambil gambar kejadian kemalangan sebelum itu lapor Bernama.

“Pemandu Perodua Alza cedera pada bahagian kepala, muka, tangan kiri dan kaki kanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here