Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5

Sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor, menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5, bertujuan meringankan beban pengguna, khususnya B40. Inisiatif oleh Bengkel Dania Garage, bengkel motosikal milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang itu dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, dilancarkan pada 20 Mac lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Mustakim Mohd Munawir, berkata inisiatif itu dianjurkan dengan niat memberi sumbangan dan meringankan beban pemilik motosikal serta sebagai penghargaan kepada pelanggan bengkelnya. Kami memperuntukkan 1,000 unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit berbanding harga sebenar iaitu RM60 seunit katanya.

Bengkel yang popular di media sosial khususnya TikTok dengan pengikut lebih 506,000 orang itu mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here