Kerajaan perlu menunaikan janji hapus sistem tol !

Shah Alam, Jan-

Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan atau inisiatif untuk meringankan beban rakyat yang berdepan dengan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.

“Dulu janji Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar beri tol percuma waktu perayaan, tetapi mereka ada pelbagai formula untuk mansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya.

“Namun, sampai sekarang kita belum nampak apa yang kerajaan lakukan untuk meringankan beban rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob pula berkata, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan inisiatif tol percuma itu sebagai satu isu besar sehingga perlu dimansuhkan.

Katanya, inisiatif berkenaan telah wujud sejak zaman pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kerajaan PH dan telah membantu menggalakkan rakyat pulang ke kampung halaman mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here