Lelaki ditahan buat ancaman bom palsu di KLIA

Putrajaya, Dis-
Seorang individu yang membuat ancaman bom palsu membabitkan sebuah penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 petang semalam, berjaya ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan insiden itu dikesan pada jam 5.32 petang semalam, beberapa minit sebelum pesawat dijadual berlepas, sekali gus menyebabkan pasukan keselamatan penerbangan mengaktifkan protokol kecemasan dan memastikan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.

“Tindakan pantas pasukan keselamatan dan kerjasama pihak berkuasa memastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses pemeriksaan.

“Pesawat berkenaan kemudian dibenarkan berlepas dengan baki penumpang pada jam 7.19 malam selepas pihak keselamatan penerbangan bersama PDRM dan Unit Pemusnah Bom menjalankan penilaian menyeluruh di lokasi,” menurut syarikat berkenaan.

Pemeriksaan berakhir pada jam 8.58 malam apabila pihak berkuasa mengesahkan situasi selamat dan ancaman yang diterima adalah palsu. Operasi di lapangan terbang turut berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here