Bangi,Jan-
Keluarga seorang budak lelaki berumur setahun berdepan detik cemas selepas besi pelapik tungku dapur gas tersangkut di leher budak itu di rumah mereka, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat maklumat kejadian jam 8.49 pagi dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi ke lokasi kejadian.
“Bomba mendapati besi pelapik tungku dapur gas tersangkut di leher budak itu. Anggota bomba dapat mengeluarkan besi itu dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.





















