Pengaktifan Terowong SMART elak banjir di ibu kota

Pengaktifan sistem Terowong Lebuhraya SMART yang diuruskan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) kelmarin berjaya mengelakkan kejadian banjir di kawasan Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Jalan Tun Perak di sini.

Menurut kenyataan SMART semalam, syarikat itu menerima isyarat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) yang memerlukan penutupan laluan trafik bagi mengaktifkan sistem operasi banjir pada jam 5.40 petang.

“Kesemua kenderaan berjaya dilencongkan secara keseluruhannya pada jam 6.20 petang Secara keseluruhannya, kira-kira 500,000 meter padu air berjaya dilencongkan dari Sungai Ampang dan Sungai Klang melalui terowong itu kelmarin.

“Laluan dibuka semula kepada trafik pada jam 8.34 malam selepas bacaan kadar aliran sungai berkenaan menurun,” demikian menurut kenyataan itu.

Maklumat dan status terkini operasi Terowong Lebuhraya SMART boleh diperoleh dengan melayari laman web, www.smarttunnel.com.my atau menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here