Enggan beri laluan kepada ambulans-Polis kesan dua pemandu

Kulai, Jan-
Polis sedang mengesan dua pemandu kereta yang enggan memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit ke hospital di KM25, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya telah mengesan kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang melalui satu video yang tular di media sosial berdurasi 1 minit 26 saat dan melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.

Beliau berkata dalam kejadian itu, ambulans terbabit yang dalam kecemasan itu dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here