Pemakluman larangan kenderaan berat-PLUS pasang papan tanda

Shah Alam, Feb-
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah siap melaksanakan pemasangan papan tanda pemakluman lokasi dan waktu pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa lokasi strategik.

Ia susulan peluasan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa laluan lebuh raya terpilih ke dan dari bandar raya Kuala Lumpur oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bermula 19 Februari ini.

PLUS dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ia bertujuan untuk memastikan pengguna lebuh raya khususnya pemandu kenderaan berat mendapat panduan yang jelas.

“PLUS sentiasa komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan LLM serta agensi kerajaan lain bagi memastikan kelancaran trafik di lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Larangan tersebut akan dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Tambah PLUS, usaha itu sejajar dengan matlamat mereka untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa kepada semua pengguna lebuh raya.Larangan tersebut akan dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Tambah PLUS, usaha itu sejajar dengan matlamat mereka untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa kepada semua pengguna lebuh raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here