Gudang simpan perabot musnah dalam kebakaran

Kuala Lumpur, Feb-
Sebuah gudang simpanan perabot di Air Itam musnah dalam kebakaran hari ini.

Pengarah Bomba Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang sebelum jentera pertama dari balai bomba dan penyelamat (BBP) dikerah ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan barang yang diperbuat daripada kayu dan zink dengan keluasan 929m persegi.

“Api marak dengan cepat akibat struktur binaan gudang tersebut dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya, lapor Bernama. Mohd Shoki berkata, operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Jalan Perak, Balik Pulau, dan Perai, serta pasukan bomba sukarela.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah ketika dihubungi berkata, operasi memadam kebakaran selesai pada 9.30 malam.

Katanya, 80% daripada gudang tersebut musnah, dengan seorang lelaki berusia 65 tahun mengalami cedera terbakar di tangan.

Menurutnya, silinder gas yang ditemukan di gudang itu disyaki menyebabkan kebakaran, namun pasukan forensik dijadualkan melawat lokasi kejadian esok untuk menyiasat punca kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here