Jumlah penumpang ‘sangat tinggi’ Akibatkan Lewat- KTMB

Kuala Lumpur, Feb-
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyalahkan jumlah penumpang “sangat tinggi” dalam tren KTM ke Batu Caves untuk tempoh menunggu lebih lama.

Penumpang tidak dikenakan bayaran untuk perjalanan ke dan dari Stesen KTM Batu Caves sejak dua hari lalu sempena perayaan Thaipusam.

Terdahulu, FMT hari ini melaporkan sambutan memberangsangkan terhadap tawaran itu menyebabkan suasana huru-hara di beberapa stesen.

KTMB berkata, ia menambah enam tren tiga gerabak untuk laluan KL Sentral – Batu Caves – KL Sentral bagi menampung jumlah penumpang yang ramai.

“Namun, disebabkan jumlah penumpang yang sangat tinggi, ramai terpaksa menunggu lebih lama kerana tren yang tiba telah penuh.

“Situasi ini menyebabkan penumpang perlu menunggu tren berikutnya yang berlepas mengikut jadual satu jam sekali,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tren juga berhenti lebih lama di stesen untuk memastikan kelancaran dan keselamatan penumpang keluar masuk tren.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here