KKM menyiasat punca wabak kusta di Kuala Pilah

Kuala Lumpur, Feb-
Kementerian Kesihatan (KKM) masih menyiasat punca jangkitan wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah, sehingga menyebabkan satu kematian, Isnin lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata KKM sedang mendapatkan laporan terperinci mengenainya dan perkembangan kes itu kini dipantau rapi.

Justeru, beliau meminta masyarakat untuk tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi yang timbul sementara siasatan masih berjalan.

“Punca masih belum dikenal pasti tapi memang berkait rapat dengan penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Inisiatif Senaman Ringan (X-BREAK) Institusi Pendidikan Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.Program dilancarkan bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here