226 mangsa banjir kilat di dua daerah di Perak

Ipoh: Seramai 226 mangsa banjir daripada 67 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir kilat di daerah Muallim dan Batang Padang, setakat 8 pagi hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, di daerah Muallim, kawasan terjejas adalah Kampung Rasau, Trolak Pekan, Kampung Kuala Slim dan Taman Slim Permai.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri berkata, di Daerah Batang Padang pula, ia membabitkan kawasan Bidor, Klah Baru, Sungkai dan Trolak Selatan.-HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here