Bekas menteri Sivakumar tanding pemilihan DAP

Kuala Lumpur, Feb-
Ahli Parlimen tiga penggal Batu Gajah V Sivakumar akan bertanding semula untuk mendapat tempat dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan parti bulan depan.

Bekas menteri sumber manusia itu yang mengesahkan perkara itu dengan FMT berkata, beliau telah dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan DAP.

Sivakumar, yang digugurkan daripada Jemaah Menteri Anwar Ibrahim pada Disember 2023, menyertai DAP pada 1997. Beliau memenangi pilihan raya pertamanya pada 2008, menjadi Adun Tronoh.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Gajah pada 2013 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU 2018 dan 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here