Shah Alam, Feb-
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil selepas pengsan di kediamannya pada pagi Sabtu.
Anaknya, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram pada Ahad mengesahkan berkenaan perkembangan terkini bapanya itu.
“Beliau sudah sedar, stabil dan keadaannya semakin baik sekarang. Terima kasih untuk semua panggilan telefon, mesej dan direct message (DM),” katanya.
Sebelum ini, Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba.
Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.





















