Kuala Lumpur, Feb –
Perikatan Nasional akan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk masyarakat India Malaysia.
Kami akan mewujudkan kampung khas untuk orang India. Ini bukan janji, tetapi ini adalah sasaran kami, kata Ketua Pembangkang Parlimen, Dato’ Sri Hamzah Zainuddin.
“Negara ini dihuni oleh pelbagai kaum, semuanya adalah rakyat Malaysia. Kepentingan setiap kaum perlu dilindungi.
Dalam hal ini, Perikatan Nasional sangat tegah, katanya, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Mereka yang telah dipindahkan dari kawasan ladang telah menghadapi pelbagai cabaran dan telah berpindah ke pelbagai tempat. Mereka seharusnya diberikan penghormatan yang sewajarnya atas sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan negara ini, jelasnya.
Berucap pada satu pertemuan dengan wakil media Tamil Malaysia, beliau berkata jelasnya tiada rancangan kampung khas untuk orang India. Maka sekiranya Perikatan Nasional kembali berkuasa, mereka akan memberi perhatian kepada isu ini.
Beliau juga menegaskan bahawa Perikatan Nasional akan terus berjuang untuk kepentingan masyarakat India. Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa sekiranya kerajaan pusat yang diterajui oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengumumkan sebarang program atau bantuan khas untuk masyarakat India, mereka tidak akan membantah.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah, Harian Makkal Osai, Dato’ S. Gopalakrishnan turut manghadiri majlis pertemuan ini.



















