Wanita maut terjatuh dari jejambat

Kuala Lumpurr, Feb-
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut itu pada jam 6.50 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 30 tahun, menunggang motosikal dan dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh.

“Mangsa juga dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di hadapannya sebelum tercampak dan terjatuh dari jejambat. Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 0.7 Lebuhraya DASH dari arah Shah Alam dan anggaran ketinggian dari tempat mangsa terjatuh adalah antara 30 hingga 35 meter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here