Doktor berperangai tak senonoh direman 4 hari

Georgetown, Mac-
Seorang doktor yang pernah dilapor berkelakuan tidak senonoh di sebuah hospital pada bulan lalu sekali lagi direman atas dakwaan sama, kali ini membabitkan mangsa lain di klinik swasta di Pulau Tikus.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan perintah reman selama empat hari hingga 10 Mac ini terhadap suspek berusia 43 tahun terbabit di Mahkamah Majistret hari ini.

Terdahulu suspek yang memakai baju kemeja-T berwarna biru muda dan pelitup muka tiba di pekarangan mahkamah jam 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa suspek berkelakuan tidak senonoh terhadap dirinya ketika dia hadir untuk mendapatkan laporan keputusan darah di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus, 28 Jun 2023.

“Pengadu berusia 30 tahun itu telah berjumpa suspek yang bertugas sebagai doktor dalam bilik rawatan lalu diperdaya suspek untuk membuka baju.”Suspek juga disyaki telah merakam gambar badan pengadu menggunakan telefon bimbit semasa sesi pemeriksaan kesihatan itu dilakukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here