Kuala Lumpur, Mac-
Dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.
Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan kira-kira 9.30 malam pada 5 Mac ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 9 Mac selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan ‘interactive smart board’ kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.