SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri

Kuala Lumpur, Mac-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menemubual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.

Bagaimanapun, sumber SPRM memaklumkan pegawai perubatan itu bukan saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Pegawai SPRM telah bercakap dengan doktor berkenaan bermula 4 hingga 5 petang tadi untuk mengetahui tahap sebenar kesihatan dan mengetahui penyakit Ahli Parlimen Bera itu sebelum dipanggil memberi keterangan Khamis depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu berkata, setakat ini 32 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Media sebelum ini melaporkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan pada Rabu lepas ditangguhkan ke hari ini sebelum ditangguhkan sekali lagi ke 13 Mac ini, berikutan beliau masih dalam keadaan kurang sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here