SMART selamatkan mangsa terperangkap gempa Myanmar

Kuala Lumpur, Apl-
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengesan dan menyelamatkan seorang mangsa yang masih masih hidup selepas 72 jam terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar, petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mangsa lelaki berusia 40-an itu ditemui di bawah runtuhan di Worksite K10, iaitu kawasan perumahan di Jalan Sagaing-Ta Da U dengan bantuan peralatan khas milik SMART pada jam 2 petang.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.27 petang hasil kerjasama erat dengan anggota bomba tempatan, sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Kejadian ini adalah satu keajaiban memandangkan mangsa telah terperangkap lebih daripada 72 jam di bawah runtuhan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menerusi hantaran di Facebook .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here