Kes merusuh guna senjata termasuk pedang samurai

Ipoh, Apr-
Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata di Jelapang dekat Meru Raya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 19 hingga 41 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar jam 6.45 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjata.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis BMW E90 3 Series dan sebatang kayu golf ketika serbuan itu.

“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan motosikal yang telah dirampas dalam kegiatan lumba haram.

“Enam individu mengalami kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Senjata disyaki digunakan ketika kejadian ialah kayu besbol, parang, pedang samurai, topi keledar dan pisau panjang,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Abang Zainal Abidin berkata, dua daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here