Kuala Lumpur, Mei-
Kerajaan MADANI memutuskan untuk untuk menambah kategori barangan sumbangan Asas Rahmah (SARA) susulan permintaan meluas para penerima.
Di bawah SARA ketika ini, sejumlah 14 barangan berdaftar, merangkumi pelbagai barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan disediakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah SARA adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima.
“Arakian kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA daripada semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), hari ini.




















