Kuala Lumpur, Dis 8.
Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan mendapati mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher. Apa yang pasti mangsa kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini .





















