Kebakaran musnahkan tiga rumah

Kuala Lumpur, Mei-
Tiga rumah di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Bharu di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian jam 9.50 pagi itu membabitkan dua rumah yang musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 40 peratus.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 9.39 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, dengan bantuan BBP Sentul dan BBP Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Seramai 24 anggota termasuk pegawai dari tiga balai bomba dikerah ke lokasi dengan kekuatan dua jentera FRT, satu LFRT, satu unit EMRS dan satu tangki air katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kejadian itu turut mengakibatkan tiga motosikal musnah terbakar.

Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here