Lelaki dituduh tumbuk, pukul bapa mentua hingga mati

Seremban, Mei-
Operator pengeluaran kilang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bapa mentuanya dengan menumbuk dada dan memukul mangsa, akhir bulan lalu.

Lelaki berkenaan, V. Karthiy, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Dia didakwa menumbuk bertubi-tubi dada dan memukul P. Sasi Kumar, 52, yang menyebabkan kematian mangsa, kira-kira jam 2.30 petang di Taman Rahang di sini pada 27 April lalu.

Karthiy dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun.

Jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hazeelia Muhammad dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili peguam, A.R Thamayanthy.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here