Suspek samun penyampai berita dituduh esok

Suspek yang disyaki terbabit kes samun dan seret penyampai berita TV3 sehingga cedera di Damansara Perdana dekat sini, akan dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata hanya suspek lelaki akan didakwa manakala adik perempuannya akan dijadikan saksi pendakwaan.

“Polis sudah mendapat arahan untuk menuduh suspek lelaki di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi esok.

Pendakwaan kes akan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan 34, yang cedera diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana dekat sini, pada 5 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood melaporkan berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 tahun dan 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Menurutnya, polis juga merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam jenayah itu.

Dalam kejadian 3.40 petang itu, Khairul Rizuan cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek yang melarikan diri. Kejadian itu menyebabkan mangsa luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here