Kuala Lumpur, Mei-
Gesaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) supaya kerajaan mewujudkan Akta Keharmonian Nasional adalah cadangan yang sangat diperlukan bagi menyekat isu kebencian dan hasutan.
Ahli Majlis Perpaduan Nasional, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kewujudan akta yang dikhaskan bagi menjaga keharmonian di samping mengekang ucapan kebencian adalah satu langkah yang pragmatik dalam mewujudkan negara yang berpegang teguh pada prinsip perpaduan.
“Dewasa ini, negara kita kerap dihujani dengan pelbagai isu membabitkan keharmonian seperti isu agama dan kaum malah semakin banyak isu perkauman sedang dimainkan dengan begitu hebat sekarang.
“Oleh itu jika tiada usaha diambil perkara ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada perpaduan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



















