Covid-19 kes baru 12,434

Kementerian Kesihatan melaporkan 12,434 kes kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,232,960 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,967 kes.

Ia disusuli Selangor dengan 1,362 kes, Johor (1,289), Kelantan (1,125), Sabah (1,000), Perak (971), Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284), Negeri Sembilan (169), Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (5).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here