Wanita terjun dari van selepas bertengkar

Kuala Lumpur, Mei-
Wanita yang maut selepas dikatakan tercampak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) petang kelmarin, dikatakan bertengkar dengan suami dalam kenderaan sebelum dipercayai terjun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata ia hasil siasatan awal dilakukan pihaknya selepas suami wanita terbabit ditahan susulan kejadian berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar itu.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah berlakunya pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa berkaitan penggunaan van, kerana wanita itu tiada lesen memandu dan pernah terbabit kemalangan sebelum ini.

“Mangsa kemudian dipercayai terjun daripada kenderaan dinaiki bersama suaminya itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here