Didakwa bunuh isteri

Ipoh: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, dua minggu lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ibrahim Abdullah 51, berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja membunuh Fatimah Manikam Abdullah 44, di Kampung Tawas, di sini antara 10 malam 26 Januari 2022 hingga 3.05 petang 27 Januari lalu. Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here