Cubaan seludup haiwan eksotikl, 2 lelaki ditahan di KLIA

Kuala Lumpur, Mei-

Cubaan dua lelaki tempatan menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dari Malaysia, gagal selepas dikesan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Agensi Kawalan Perdagangan Strategik (AKPS) dalam kenyataan berkata, serbuan sekitar 6.30 pagi membongkar penyimpanan pelbagai spesies haiwan eksotik dan dilindungi dalam bagasi milik suspek.

“Antara haiwan yang dirampas termasuk blue iguana, red-eared slider, Savannah monitor, Nile monitor, common spotted cuscus dan black-throated monitor,” menurut kenyataan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen sah atau permit untuk membawa keluar hidupan liar terbabit.

Mereka kini ditahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Haiwan eksotik dianggarkan bernilai lebih RM460,000 dirampas dan disita untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here