Amaran hujan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat

Kuala Lumpur, Nov-

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya membabitkan beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat ini.

METMalaysia dalam kenyataan menerusi platform X 1 tengah hari tadi memaklumkan, di Pahang, lima daerah diletakkan dalam zon merah atau bahaya iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Terengganu, daerah yang dijangka terjejas susulan taburan hujan sangat lebat dan berterusan adalah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.Selain itu, amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan turut dikeluarkan membabitkan beberapa negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here