Kuala Lumpur, Jun-
Seramai 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura sudah bersedia setakat hari ini untuk dipindahkan dari Iran menerusi operasi membawa pulang mereka dari negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua mereka itu terdiri daripada 12 rakyat Malaysia serta seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran dan seorang warga Singapura.
“Baki yang masih tinggal adalah 15 orang termasuk tiga HBS (home based staff), lima orang pelajar, tiga orang menetap (sekeluarga) dan seorang PR Malaysia.
“Tiga orang pelancong yang baru dimaklumkan membuat keputusan untuk terus kekal di Iran,” katanya hari ini.
Kelmarin, Wisma Putra menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.
Wisma Putra berkata, situasi semasa di Tehran adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.



















