Pemandu maut kereta bertembung treler

Port Dicson, Jun-
Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya gagal memotong di garisan berkembar lalu bertembung sebuah treler sarat dengan muatan lebih 900 tong gas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 13, Jalan Lukut-Sepang, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang tadi, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata insiden membabitkan kenderaan mangsa, treler dan sebuah lagi kereta jenis Proton Saga itu turut menyebabkan trafik sesak hampir tiga jam.

Beliau berkata, ia berikutan tong gas yang dibawa treler itu jatuh berselerakan di atas jalan raya akibat kemalangan berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira itu cuba memotong sebuah lagi kenderaan lain di garisan berkembar.

“Namun, Proton Wira itu dipercayai tidak sempat memotong lalu bertembung sebuah treler dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Maslan berkata, treler itu dikatakan cuba mengelak ke bahu jalan tetapi perlanggaran tetap berlaku.

“Akibatnya, treler itu terbalik dan muatan tong gas yang dibawa jatuh ke atas jalan raya, termasuk mengenai sebuah Proton Saga.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Proton Wira terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan kaki.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira itu cuba memotong sebuah lagi kenderaan lain di garisan berkembar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here