MPAJ tawar RM3 tangkap seekor tikus

A Brown Rat (Rattus norvegicus) looks at the camera, caught by surprise.

Kuala Lumpur, Julai-
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan ganjaran tunai RM3 bagi setiap tikus ditangkap di Pasar Pekan Ampang dan kawasan sekitar.

MPAJ berkata, kaunter tuntutan ganjaran wang tunai dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dari 8 hingga 25 Julai ini di pekarangan Pasar Pekan Ampang.

“Penyertaan adalah terbuka kepada peniaga di Pasar Pekan Ampang dan sekitarnya,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, kempen membasmi tikus anjurannya dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 8 itu bertujuan menggalakkan pembabitan masyarakat dalam usaha mewujudkan persekitaran bersih di kawasan Ampang.

“Selari elemen ketiga dan ke-11 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), iaitu kesihatan baik serta bandar dan masyarakat mampan, inisiatif ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan komuniti berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran supaya bebas daripada pembiakan tikus, selain membendung penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here