Wanita dituduh bunuh ibu teman lelaki

 

Kuala Lumpur, Julai-
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh wanita yang juga ibu kepada teman lelakinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, M. Shobna, 37, hanya memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, menurut Harian Metro.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh M. Sumathy, 66, di bilik rumah di Jalan Teratai J4/1 Taman Indah Jaya, Teluk Intan, kira-kira 3 pagi, 15 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here