Media Sosial Dominasi Kehidupan Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, Sep 16.
Media sosial dan Internet berpengaruh kuat dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. Pengaruhan itu secara signifikan bukan sahaja membentuk gaya hidup mereka, proses berfikir dan nilai diri bahkan fahaman politik mereka.

Satu kajian oleh Kajidata pada Julai yang menggunakan sampel rawak sebanyak 1,082 responden, mendedahkan bahawa 71 peratus rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp setiap hari sepanjang minggu, diikuti oleh Facebook (51 peratus), TikTok (49 peratus), Instagram (45 peratus), dan X (sebelumnya Twitter) pada kadar 30 peratus. Penggunaan Internet juga didapati secara meluas, dengan 61 peratus responden melaporkan aktiviti dalam talian sepanjang minggu.

Dalam analisis hasil kajian, Penasihat Kajidata, Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid menunjukkan, bahawa saluran media tradisional seperti televisyen (40 peratus) dan radio (20 peratus) tidak mampu bersaing dengan daya tarikan media sosial dan Internet.

Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, zaman digital telah memencilkan lagi media cetak, seperti yang jelas dilihat dalam data kajian, dengan hanya 20 peratus terlibat dengan media cetak sepanjang minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here