Kejayaan PH tangani rasuah diiktiraf di mata dunia

KUALA LUMPUR –

Gembira dengan pencapaian itu, beliau berkata, Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana usaha gigih itu.

“Daripada digelar sebuah negara kleptokrat yang dilanda pelbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa, negara kita kini dipuji kerana berjaya mengatasi cabaran yang sungguh besar itu dan kini dihormati sebagai negara bersih dan demokratik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta mengukuhkan institusi penguatkuasaan mentadbir negara menyaksikan kedudukan Malaysia melonjak daripada tempat ke-61 pada tahun 2018, kepada kedudukan 51 dari 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2019, iaitu pencapaian terbaik buat negara dalam tempoh lapan tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here