Kadar pengangguran anak muda meningkat

Kuala Lumpur, Sep-
Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun mencatatkan peningkatan daripada 270,800 orang pada suku kedua 2024 kepada 286,500 orang pada suku sama tahun ini.

Guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran siswazah pula menurun daripada 1.55 juta orang pada 2022 kepada 1.54 juta orang pada 2023.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata untuk itu pihaknya bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mencakupi aspek latihan kemahiran serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Antara jabatan dan agensi terbabit seperti Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Melalui kerjasama itu, beliau berkata pihaknya turut mengambil langkah strategik dalam menangani isu ketidakpadanan kemahiran melalui beberapa tindakan proaktif.”TalentCorp telah menerbitkan Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (MyCOL) sejak 2015 sebagai penanda aras untuk penelitian keperluan pekerjaan dan kemahiran kritikal yang diperlukan pihak industri.

“Di samping itu, TalentCorp juga telah menjalankan kajian Impak Kecerdasan Buatan (AI), Digital dan Ekonomi Hijau untuk memahami kesannya terhadap tenaga kerja Malaysia.

“Berdasarkan dapatan kajian ini, portal digital MyMAHIR.my telah dibangunkan. Ia berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan maklumat tentang peranan pekerjaan masa depan, kenahiran diperlukan dan program latihan bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here