Gadis Iban dinobat Miss Grand Malaysia 2025

Kuala Lumpur, Jul-
Anak kelahiran Kuching, Sarawak Viviana Lin Winston dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia (MGM) 2025 pada malam kemuncak pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen HGH, di sini malam tadi.

Viviana, 25, memukau barisan juri menerusi keanggunan dan daya inteleknya, sekali gus melayakkan beliau merangkul gelaran tersebut serta membawa pulang hadiah wang tunai, barang kemas dan pelbagai pakej eksklusif.

Menerusi kemenangan itu, gadis berketurunan Iban berkenaan akan mewakili Malaysia ke pentas Miss Grand International (MGI) tahun ini yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Oktober depan.

Tempat kedua disandang peserta dari Negeri Sembilan Dr Nisha Thayananthan, manakala tempat ketiga menjadi milik Rochil Sagarino dari Sabah.Menerusi kemenangan itu juga Viviana, atau lebih mesra disapa Vivi, mencipta sejarah menjadi wanita Iban pertama merangkul gelaran Miss Grand Malaysia.

“Pencapaian ini bukan sekadar kemenangan di pentas ratu cantik, tetapi peluang untuk meraikan kepelbagaian dan menunjukkan bahawa keunikan budaya Iban juga layak mendapat tempat di peringkat tertinggi.

“Saya harap kejayaan ini beri inspirasi kepada anak muda daripada pelbagai latar belakang untuk percaya pada diri dan terus mencuba,” kata penuntut Universiti Malaysia Sarawak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here