Kes pukau pelancong asing 5 warga Iran direman

Georgetown , Ogos-
Mahkamah Majistret, di sini, hari ini membenarkan perintah reman selama empat hari terhadap lima warga Iran termasuk sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes pukau yang menyasarkan pelancong asing di kawasan tumpuan sekitar pusat bandar.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah reman sehingga Rabu ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, semua suspek terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berumur lingkungan 19 hingga 34 tahun terbabit telah diberkas polis di sekitar kawasan Persiaran Gurney serta Pulau Tikus di sini, antara jam 8 hingga 9 malam tadi.

Pihak polis turut merampas dua kenderaan yang digunakan suspek serta menemukan sejumlah mata wang asing dari pelbagai negara yang dipercayai diperoleh mereka hasil kegiatan pukau tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here