Ipoh, Ogos-
Seorang wanita maut dengan kesan terbakar seluruh tubuh berhampiran sebuah pusat beli-belah di Klebang, di sini.
Mangsa warga tempatan berusia 40 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan lecur kira-kira 80 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan itu sekitar jam 12.30 tengah malam tadi dan maklumat awal orang awam, individu berkenaan membakar diri di kawasan belakang kompleks beli-belah terbabit.
“Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).





















