Georgetown, Ogos-
Enam cedera selepas bas yang dinaiki 29 pekerja kilang itu terbabas di selekoh berhampiran laluan berbukit di Jalan Paya Terubong, Ayer Itam di sini, hari ini.
Bas dari arah Kampung Jawa menghala ke Paya Terubong itu dipercayai mengalami masalah brek ketika melalui selekoh berkenaan sebelum terbabas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 7.24 pagi.
Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong diketuai Mohamad Syafizani Mohd Rosli tiba di lokasi tidak lama kemudian.”Kemalangan itu membabitkan bas yang dipandu seorang lelaki membawa 29 pekerja kilang terbabas di laluan berbukit.
“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan enam daripadanya cedera ringan diberikan rawatan awal di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, John Sagun berkata, enam mangsa berusia antara 23 hingga 26 tahun itu mengalami cedera pada bahagian muka, tangan dan kaki.





















