Kuala Lumpur, Ogos-
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada penerima bermula esok, membabitkan seramai 8.6 juta rakyat di seluruh negara.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah bayaran adalah hingga RM650 bergantung kepada kelayakan isi rumah, warga emas dan bujang.
Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat terus ke akaun bank penerima atau boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
STR adalah inisiatif bantuan tunai kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).





















